Wednesday, July 23, 2008

Syarahan Peradaban Melayu & Majlis Pelancaran Buku ‘Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar” Oleh Dr. Laurent Metzger, Universiti De La Ro

Syarahan Dr. Laurent Metzger membawa kita untuk melihat nilai masyarakat Melayu daripada persepsi masyarakat luar yang berlainan agama, bahasa dan budaya. Pandangan yang membina dan teguran mengenai masyarakat Melayu daripada pelbagai sudut ternyata membantu kita dalam membentuk sahsiah unggul terutama dalam usaha membentuk insan yang mempunyai minda, personaliti dan perwatakan kelas pertama. Pandangan beliau hasil daripada pengalaman tinggal di Malaysia dan Singapura sejak bertahun lamanya menghasilkan sebuah coretan pandangan beliau mengenai masyarakat Melayu khasnya dalam sebuah buku yang bertajuk "Nilai-Nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar".